JALINAN UKHWAH LAMBAIAN MAHABBAH

SELAMAT BERTAARUF..SALAM UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA.. AHLAN WA SAHLAN.

Thursday, June 01, 2006


Ya Allah, susahnya nak jaga diri daripada fitnah macam ni
Susahnya nak jaga diri daripada jadi
fitnah kaum lelaki Senangnya hati ini nak ikut kehendak nafsu Tapi susahnya nak elak diri daripada lalai akan perintahMU Ya ALLAH,
Susahnya nak cinta seseorang semata-mata keranaMU Susahnya nak sucikan cinta daripada pandangan nafsu Senangnya nak halalkan apa
yang dimurkaiMu Tak hendak seribu dalih, tapi kalau nak, seribu mahu Ya ALLAH, Kurniakan hati ini
perasaan cinta padaMU Kerana bila aku
mencintaiMu barulah dapat ku cintai makhlukMU Tak
mungkin akan dapat ku nikmati erti sebenar cinta
Tanpa cinta kudus mulus, hanya untukMU...

rindu ar kat korang..

**************CINTA**************
Cinta.. sebati dalam jiwa..
Cinta.. menghancur jiwa raga..
Cinta... mengindahkan semua..
Apakah...sebenar erti cinta..
Cinta... titiskan air mata..
Cinta.. memutuskan saudara..
Cinta..senyum gelak ketawa..
Tiada..DIA..pilihan cinta..

Dikala, hangatnya cinta...
Dunia itu indah..
Kalau mimpi hancur lebur..
Harapan.. nyawa terkubur..
Oh.. mengapa..di mana..apa..siapa..
dapat menduga datangnya dan pergi..

Kurnia Ya Rab..
Itu indah..
Walaupun kadang mampu meluka..
Pelengkap jasad dan nyawa..
Tak dapat dinafi hadirnya...

Dikala, hangatnya cinta...
Dunia itu indah..
Kalau mimpi hancur lebur..
Harapan nyawa terkubur..

Wednesday, January 25, 2006

hayati sebuah kisah..

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan
ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika
saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja
murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang
beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu
jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada
kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima
hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik
oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan
anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti
membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya
tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada
murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan
lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah
ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana ten! tu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina
dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari
pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan
dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda
muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang
mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomenaGhazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh
musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah
Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka

akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak
itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing
di kepalanya...

Thursday, December 15, 2005

Program anak angkat Tanjung Karang..



emm gambar ni dirakam di pantai tg karang,umah keluarga angkat masing2..best tau..3 hr 2 mlm.Yg kat depan duduk tu abg kesayangan izzah hehehehe..abg angkat namanye wan iskandar shah..ex MPP KISDAR (wanchu) skrg ni kat tanta,mesir.belakang wanchu mestilah adik dia kan?hehehehe izzah yg manja..kuang3x..sebelah belakang izzah tu budak lelaki dr uiam..tak tahu nama ape..pastu kanan izzah iaitu farah..sebelah kiri lizaina..
best sgt2x..izzah dpt keluarga angkat yg ada 3 org anak..emm mak ayah org jawa..sempat la belajar bahasa jawa..tp tak faham..depa cakap laju sgt..hehehe..keliling umah keluarga angkat izzah sawah padi...best sgt2x..
kenangan bersama...seronok tau..

dalam kelas......


gambar ni diambil semasa telah tamat kuliah..em muka masing2 layu aje kan? time tu kami semua tengah mengantuk...emm dr kiri izzah...dok pegang air tin...kuat sgt minum air bergas..ank sape tu?hehehehe...watla ape2 zah..asalkan bahagia..em sebelah tu tak lain tak bukan nazatul nadia..comel tak?emm cik abg dia pun ensem dah nk pi oversea kat Dublin,Ireland,UK..sian dia kena tinggal..sabar yek nad...hehehehe..pastu shida..cik abg dia keje proton..heheheehe ari2 kuar dating aje..em sebelah tu farah..emm dgr citer masih single...leh caya ke?emm dan last sekali lizaina..pun dah ada abe..org gombak..hai bila nk makan nasi minyak?heheheh
emm tula kami 5 sekawan..adios..

Tuesday, December 06, 2005

Jom makan2 coklat..nyum2x..



emm tengok elok2 semuanye ceria n senyum sokmo model2 coklat..hehehehe depa nie suka makan coklat..ok kami kenal kan yg berdiri dr kiri nama dia liza oghe kelantan emm manis aje..sebelah tu nad hehehe budak comel,em pastu eja..pastu shida..pastu farahana...hehehehe depa ni kuat makan coklat..badan pun sedap2 dipeluk..kuang3x..jgn marah naa!:)
emm barisan depan pulak lg kuat makan coklat..hehehehe emm dr kiri..biase la kami (izzah)emm satu hari 10 bungkus coklat boleh habis...kuat sungguh anak sape nih?heheheh..emm pastu lizaina..pun suka coklat jugak..emm gambar nie kenangan kitaorg dapat coklat dr peminat masing2...best tau..coklat free...dr secret admirer lagi..
aduhai....banyak nye coklat...hehehehe..jom makan...:):):)

Monday, December 05, 2005

Jom posing..hehehehe..


em gambar nie masa kat taman ilmu, kuis. hehehehe..tengok muka kami ada iras tak? heheheeh yg kiri tu namanye shahidah..panggil adik shida..emm org klang..jawa geng mawi..heheheeh boleh cakap jawa lg..yg kanan tu izzah..hehehehehe oghe melaka.. bakal zaujan org mana yek?..hehehehe yeke?dekat aje tu..


emm gambar nie dgn nad..orgnye comel..same mcm kami..hehehehe perasan ler tu:) masa tu baru abis tasmek..saje je bergambar utk kenangan...lepas tension gak nie..hehehehe

Kenangan bersama..muah2x..



emm....a'kum..
gambar ni semasa kami naik axecalator pe mende tu?hehehehe..tangga bergerak laa..:)
masa tu semua kena senyum kambing..heheheeh kalau tak nampak gigi kami mesti salah sorang tu kena belanje kfc..wakakaka..abis semua senyum cheeeessce..hehehehe..




bergambar dengan nad..



time ni semua dok posing dengan cara masing..hehehehe..


ni la sy dok duduk keletihan berjalan ke putrajaya best jugak..drive dengan kawan2..
time malam bersinar2 sepanjang jalan diterangi lampu..seronok..

Monday, November 14, 2005

Model Muslimah Sejati

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap
kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan
ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w
memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai
perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini
sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh
perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita
yang solehah." - (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang
tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita
digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh
andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk
menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki
dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan
dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa
kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan
kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan
personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan
kepada warga Muslimah dewasa ini.

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas
yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan
Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala
wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim,
isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa;
Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan
Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." -
(Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang
tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah,
meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang
tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan
ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta
mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya
ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri
yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi
suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam,
berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta
rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam
menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu
Rasulullah.Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi
wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di
hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di
hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan
putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga
seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan
yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah
contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan
ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia
dan akhirat.

Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah
alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon
isteri.

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan
berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan
isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin
kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya,
kelak kecantikannya itu akan membinasakannya;
janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh
jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu;
sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli
tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." -
(Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri
seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah
rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa
sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada
semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah
Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap
harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya.
Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah
memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh
keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima
tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah
ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang
bermaksud: "...perempuan yang solehah mestilah taat
dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan
suaminya dengan perlindungan Allah..." - (Surah
an-Nisa: 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar
dengan pesanan Baginda yang bermaksud: "Jika seseorang
wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan
Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya,
nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga
menurut kehendaknya." - (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa
menyempurnakan keperluan suaminya, di samping
memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan.
Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang
melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh
kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Mana-mana isteri yang
meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya,
nescaya isterinya akan masuk syurga." - (Riwayat
Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah
pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga
penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang
pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama
meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu
akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya
agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat,
bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan
peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda
dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta
membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang
bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah
dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah
menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah
yang beriman dan benar-benar melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam
kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya:
"Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan
anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya,
yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang
menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk
suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan
orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan
mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya,
dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan
dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak
merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di
hadapan orang lain." - (Riwayat Al-Tausi)